
nie lah pic terakhir yang aku abik masa hari ulang tahun atuk yang ke 75, bulan mei lepas..
masa
nie atuk boleh berjalan lagi...bergurau senda dengan cucu-cucunya,
perginya atuk pada sabtu lalu, bukanlah perkara yang mengejutkan..sebab
kami semua tahu...
mungkin ajalnya akan tiba suatu hari nanti...
atuk bagi aku, dierlah ketua bagi kami, selama atuk hidup, aku selalu di samping atuk, cabut ubannya...
curi resepi sardinnya...menghulur kepala meminta untuk di potong rambut...
hmm...aku tak tahu nak cakap aper...
yang penting....al-fatihah sahaja yang aku dapat hadiahkan...
oohhh..yer....che sue...ader beri puisi khas sempena pemergian ayahandanya ...
mak aku? mak tetap begitu..walaupun mak ceria..namun dalam hatinya...aku tahu..mak masih terasa dengan pemergian atuk...
orang tua..kadang-kadang ego menguasai diri..menahan diri untuk bersedih...
dier dah puas menangis..... yang penting..aku harap mak aku tabah dengan pemergian ayahandanya...
buat pak cik & mak cik ku...
mak long, che nal, che abu, che ani, che mah,che lan, che tony, che sue, & che jeny...
harap tabah dugaan yang datang...
Selamat jalan ayahku tercinta
Menuju alam tempat asalnya kita
Semoga tuhan beri rahmat kepada ayah
Ayahku sayang menuju ke alam baqa
Perginya ayah pada satu dinihari
Putuslah sudah tali ayah dengan duniawi
Cuma hadiah anakmu boleh beri
Alfatihah buat terakhir kali
Pergilah duhai ayahku
Lepaslah tangan anakmu
Yakinlah jangan keliru
Kalimah kita hok(yang) dulu
Ayah pelihara kami tak ghajin(pernah) berasa bosan
Sejak tapak kaki kami sebesar daun gelenggang
Ke bukit tinggi ayah tidur di hutan cerang
Kerana nak beri sesuap kami makan
Tapi sekarang jauh sudah lah ayah pegi
Kami pun faham ayah takkan balik dah lagi
Tinggalah pesan wasiat hok(yang) ayah beri
Anakku sayang pandai-pandai lah jaga diri
Ku ucap terima kasih
Budi jasa ikhlasmu
Allah sajalah boleh
Membalas segala itu
Kami menanam bunga di kubur ayah
Tanda mengenang jadi satu sejarah
Seorang pejuang dari keluarga orang susah
Inilah bintang kebesaran dari Allah
Hayatnya dulu tak ada pingat Datuk Tan Sri
Hasratnya satu membela keluarga sendiri
Bagi anakmu itu lebih bererti
Buat menuju hasrat rabbul ‘izzati
Al Fatihah...